CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 12 May 2009

GAJET PEJABAT YANG UNIK & MENARIK


Bosan dengan suasana workstation anda?

Boring tengok balik2 yang menghiasi meja anda hanyalah surat2/dokumen2 bos anda?

Menyampah dengan bunga2 telur yg banyak & dah lama terletak di atas meja anda?


Cuba dapatkan gadget di bawah, yg mana sesuai dengan personaliti & keperluan anda supaya hari2 anda bekerja tidak lagi sebosan sebelum ini!



1. Vacuum Cleaner USB Mouse

Anda selalu makan di meja & remah2 makanan slalu terperangkap di celah2 keyboard sehingga membuatkan performance keyboard anda lembab & menjejaskan kelajuan skill menaip anda? Dapatkan mouse yg berfungsi sebagai vacuum cleaner ini!



2. USB Webcam Missile Launcher

Mungkin gadget yg paling pelik utk berada di atas meja seseorang setiausaha. Tapi mengapa tidak? Hilangkan kebosanan anda dgn melepaskan tembakan kpada kawan2 ofis yg sporting saje dan berdoa yg bos anda takkan muncul di laluan tu secara tiba2...



3. Desktop Coffee Maker

Anda mengantuk tapi tak kuasa nak ke pantry tuk membuat secawan kopi panas supaya lebih segar utk menyiapkan kerja2 yg berlambak di meja anda? Dapatkan pembuat kopi yg comel ini supaya anda tak perlu lagi berjalan jauh ke pantry @ miss menjawab sebarang panggilan telefon!


4. Crosshair USB Mouse Pad with 4 Port Hub

Anda selalu gunakan pendrive/external hardisk dan dalam masa sama, pegawai2 juga selalu minta dokumen yg anda taip tuk disalin ke dalam pendrive/thumbdrive mereka. Tak cukup USB port sediada? Gunalah mouse pad ini, yg juga ada 4 hub utk USB, pasti anda tidak akan membuatkan para pegawai terpaksa tunggu lama2 depan meja anda...


5. Bendi Board - Pink Flexible Keyboard

Pernah tertumpahkan air semasa cuba minum sambil tangan sedang menaip dan bahu anda mengepit gagang telefon & melayan panggilan telefon? Selalu makan di meja & remah2 makanan selalu saja bertaburan di celah2 kekunci keyboard? Memang anda selalu menaip dgn kuat & menghentak2 keyboard kerana anda masih terasa seolah2 anda menaip di mesin taip tradisional? Gunakan la keyboard fleksibel yg diperbuat daripada silikon ini - boleh digulung & dibawa ke mana anda mau...


6. USB Panic Button

Sesuai utk setiausaha yg selalu leka melayari Internet & tiba2 bos/pegawai datang ke meja anda... Tekan butang tersebut dan monitor anda akan menunjukkan kerja2 yg sedang anda lakukan tadi - tak perlu kelam kabut klik2 mouse anda utk minimize page Internet anda!


7. The Oracle Stress-O-Meter

Anda stress sedikit & perlu alih perhatian? Lighten up with this gadget! Letakkan jari anda pada stress-o-meter ini dan ia akan memberikan anda bacaan tentang stress anda, dan apa anda patut buat utk tangani stress tu... Tapi jgn la ambil serius sangat k - hiburan semata2!...


8. Echo Bot

Gadget berbentuk makhluk asing bermata satu ini sebenarnya adalah voice messenger yg akan 'berkata2' bila sensor pergerakannya dimatikan. Rakam kata2 anda & perhatikan reaksi orang2 yg suka menyibuk2 di meja [& berkecenderungan utk mengusik2 segala benda di atas meja anda] anda bila terdengarkan mesej anda diucapkan semula oleh Echo Bot ini.


-- Sumber:- http://www.shinyshiny.tv/2008/04/top_ten_office.html

MOTIVASI KECANTIKAN

KECANTIKAN MELALUI IMAGINASI!

Khas buat P.A yang kuat berangan macam saye, bagi yang tak kuat berangan, mungkin anda boleh cuba berimaginasi @ berangan untuk mencari cara supaya keyakinan diri anda teserlah... Keyakinan adalah salah satu perkara penting untuk orang yang berkerjaya macam kita, bukan? Dr. HM Tuah sendiri sering menggalakkan imaginasi cemerlang kerana dari imaginasi, sesuatu boleh terbukti menjadi realiti..

Cuba bayangkan, anda pakai baju/sut lengkap yang harganya beratus ringgit... Wajah pula dirias dengan make-up mahal atau berjenama terkenal seperti Lancome, MAC, Dior, Clinique, Estee Lauder, Bobbi Brown, Make Up Forever, Benefits atau Chanel, lengkap dengan YSL Mascara Volume Effet Faux CILS yang boleh didapati dgn harga RM 120, yang disebut2 oleh Zura dalam postnya sebelum ini... Tapi, tiada keyakinan diri... Bagaimana agaknya anda akan kelihatan di mata khalayak ramai yang sentiasa memandang setiap inci pakaian & wajah yang kita 'persembahkan'? Pasti canggung, kan?

Tidak kurang juga yang merasakan bahawa bergaya lengkap dengan mekap di wajah hanyalah untuk orang muda. Itu tidak benar, kerana sepatutnya gaya anda boleh disesuaikan dengan peningkatan usia & kesesuaian majlis, barulah anda nampak presentable walaupun sudah berusia. Silap haribulan, yang muda2 pun kalah. Anda pasti lebih yakin dalam melangkah kerana anda tahu, gaya anda sesuai dengan usia anda & menepati kehendak sesuatu majlis serta tempat. Bila anda tahu di mana letaknya kekuatan yang boleh ditonjolkan dan kekurangan yang boleh disembunyikan, pasti anda akan terasa seolah-olah ada semangat baru dalam diri anda.

Percaya atau tidak, kebanyakan orang tidak dapat melihat kecantikan diri mereka yang tersendiri disebabkan mereka selalu membandingkan rupa paras/tubuh mereka dengan model-model dalam majalah-majalah/iklan-iklan. Ini menimbulkan rasa benci dan tidak suka kepada rupa dan keadaan diri mereka sendiri. Setiap kali melihat ke dalam cermin, mereka selalu mencari dan terlihat keburukan dan kekurangan pada wajah dan tubuh badan mereka.

Orang-orang sebegini selalu menunggu situasi dan waktu yang sesuai untuk merasa yang mereka sukakan diri mereka. Contohnya ketika ada orang yang melihat & memuji kecantikan mereka, baru mereka rasa gembira dan yakin. Kalau ada orang lain sukakan mereka, baru mereka mahu suka diri mereka sendiri walaupun selalunya, sikap sebegini tidak bertahan lama dalam diri mereka. Apabila dikritik, mereka cenderung rasa kecewa yang amat sangat. Sedangkan mereka sepatutnya mengambil pendekatan bersikap menerima diri sendiri seadanya, barulah mereka boleh selesa & tidak kekok bergaul dalam khalayak ramai.

Keyakinan diri kita tidak boleh bergantung kepada faktor luaran semata-mata. Jangan tunggu semua orang suka pada rupa paras/fizikal/pakaian kita, barulah kita merasa yakin dengan diri kita. Tidak perlu tunggu pujian orang lain untuk kita merasa gembira. Keyakinan diri sepatutnya datang dari dalam diri kita sendiri.

Apa kata anda ambil pendekatan ini - setiap kali melihat cermin, puji kebesaran Allah yang meletakkan keindahan dalam setiap ciptaannya, yang salah satunya dijelmakan dalam rupa paras kita. Tanamkan dalam diri, setiap kali kita melihat cermin kita rasa suka menjadi diri kita sendiri.

Ini yang saya cadangkan. Setiap pagi, semasa sedang bersiap-siap untuk ke sekolah atau ke tempat kerja, lihat wajah kita di cermin. Senyum dan bayangkan kejayaan-kejayaan kita pada masa lalu. Kemudian, bayangkan pula tentang orang-orang yang suka, sayang dan sentiasa menyokong kita. Teruskan senyum dan akhir sekali, bayangkan bagaimanakah cara kita senyum apabila kita sudah benar-benar berjaya suatu hari nanti. Bayangkan apakah rasanya kalau kita seorang yang sangat berkeyakinan tinggi. Aktiviti ini hanya mengambil masa antara 1-3 minit sahaja. Tanpa perlu mengeluarkan peluh atau mengeluarkan banyak tenaga. Senyuman juga menjadikan wajah anda awet muda, kerana otot yang digunakan untuk memasamkan muka adalah jauh lebih banyak berbanding sewaktu senyum. Mudah bukan?

Mulakan pada hari ini. Senyum pada diri anda sendiri. Sukakan diri anda sendiri. Terima diri anda seadanya, malah jauh lebih baik kerana Allah menciptakan anda sempurna sifat & anggota... Bila anda senyum & menerima dengan hati yang terbuka, pasti anda akan lebih santai & mampu menerima kekurangan/kelemahan anda untuk diperbaiki di masa akan datang. Barulah anda akan jadi lebih yakin untuk menghadapi hari anda, dan bertemu serta bersosial dalam masyarakat di sekeliling anda.

Wednesday 6 May 2009

Splurge or Steal!

RECOMMENDED!!!



SPLURGE!

YSL Mascara Volume Effet Faux CILS 

Maskara adalah salah satu alat mekap yang penting.  Pemakaian maskara bertujuan untuk menggalakkan lagi mata anda yang tak cukup galak iteww..hehe dan juga memanjangkan bulu mata anda kerana berusnya diperbuat daripada fiber nilon. YSL Mascara Volume Effet Faux CILS adalah maskara yang terbaik setelah saya membuat 'research' di antara jenama-jenama yang lain seperti Lancome, MAC, Dior, Clinique, Estee Lauder, Bobbi Brown, Make Up Forever, Benefits  dan Channel (semuanya telah saya cuba).  Cubalah.  Saya telah menggunakannya selama 2 tahun dan saya pasti ia tidak akan mengecewakan anda.  Boleh didapati dengan harga RM 120.





STEAL!

FIBRE RICH LASH 

Mascara by M.A.C

Dan jikalau anda rasa maskara di atas agak terover budget atau mahal di musim kegawatan ekonomi ini, saya 'recommend' Maskara MAC Fibre Rich Lash ini sebagai pilihan kedua.  Hasilnya tidak seperti maskara di atas tetapi boleh juga memuaskan hati anda.  Maskara ini dapat memanjangkan buku mata anda sedikit dari yang asal dan 'easy to apply'.  Cubalah!  Boleh didapati dengan harga RM 55.


By ZuraHilman

Jualan PUSPANITA 21 & 22 Mei 2009

PUSPANITA DBKL akan mengadakan Jualan pada 21 & 22 Mei 2009. Naib Pengerusi Kelab, Kak Ros telah menyatakan minat untuk menyertai jualan tersebut untuk menambah tabungan Kelab. Maklumat yang telah diberikan oleh Kak Ros hanyalah tarikh jualan berlangsung & tarikh tutup tempahan gerai (12 Mei 2009). Kak Ros telah meminta semua ahli kelab untuk mencadangkan:-
  • barangan/produk yang boleh dijual dalam harga yang berpatutan & mampu menarik minat ramai pembeli
  • siapa yang sepatutnya menjaga gerai jualan pada kedua2 hari tersebut
Setakat ini, respon yang baik telah diterima dari kalangan beberapa ahli. Antara barangan yang dicadangkan untuk dijual adalah seperti berikut:-
  1. Aimi - One Drop Perfume, cupcake
  2. Kimi - kerepek, hiasan rumah seperti bunga plastik, candle holder, pasu kecil
  3. Miza - burger
  4. K. Sherin - manicure
Pihak Kelab amat berterima kasih atas respon segera anda mengenai perkara ini memandangkan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 12 Mei 2009.


Kebaikan STRESS !!

Stress kerja kita boleh atasi, jika kita memfokus pada proses menyiapkan kerja dan penyempurnaan kerja. Stress kerja biasanya datang apabila tugasan berlambak dan Anda hanya diberi masa yang singkat untuk memastikan ia siap.
Ada lagi sumber stress yang lain, namun kali ni biar kita berbicara stress kerja yang datang dari kerja. Itu soal kerja. Soal lain, perangai kengkawan ditempat kerja. Ada kawan sekerja yang OK, ada yang tak OK.
Ada yang beri semangat, ada yang meruntuhkan semangat mahupun merapuhkan semangat. Kat mana-mana tempat kerja, politik pejabat atau politik dalaman memang sentiasa ada.
Anda tak akan dapat mengelak. Stress kerja tak dapat dielak. Stress dalam kerjaya Anda perlu difahami kemudian Anda kena sesuaikan diri dengannya.
Dari aspek lain, stress membuat kita laju buat kerja. Terasa macam dicabar-cabar kita punya skill, kita punya energi. Siapa yang tak panas bila dicabar, ye tak?
Tapi tak semua orang ada kapasiti camtu. Tak semua orang yang bekerja melihat stress sebagai sesuatu yang positif, bahkan melihat
stress sebagai sesuatu yang membuat mereka tertekan, tak gembira, murung dan berduka. Anda kena faham.
Stress terpulang pada Anda sebenarnya, cara nak mengurus, cara nak handle. Paling penting, stress boleh diurus bila Anda tahu apa
yang boleh membuat Anda gembira dan Anda tahu apa yang boleh membuat Anda dapat menikmati rasa tenang. Dari layan stress, baik layan something yang boleh buat Anda hepi.
Mulai hari ini, elak dari menangani stress. Elak le seboleh yang mungkin.
Selepas itu, fokuslah usaha pada membina ketenangan, menikmati ketenangan dan menghampirkan diri pada ketenangan. Start dari situ, barulah kita ada seronok buat kerja!!!


Ape yang pentingg? KERJASAMA....

Tuesday 5 May 2009

Lifespan of make-up, how long will it last?

Make up will actually deteriorate over time....u need to store ur make up always in a cool place.


moisturizer/base can only store 2- 3 years

Face power can only store 3 years or more

eye shadow and blusher can store up to 3 years

eye liner canstore up to 3 years

mascara can only store up to 6 months

lipstick can only store only 2 years

sun screen can only store 3 months/




Brushes - wash once every 2 to 3 months

Sponges - wash weekly discard monthly

Smokey Eyes

"Smoky Eyes" have been around for a long time. It seems that this classic look is very popular in the fashion industry once again. Follow along as I guide you through the steps to achieve this great evening look.

To create a smoky look you need to start with a light color. You apply this color with the Large Shading Brush all over the lid and a little under your eye. Then use a charcoal color. Apply the charcoal from the lashes to the crease in the lid. Next use a black shadow with a firm bristle brush to apply your eye liner. Make sure to apply your liner a little thicker towards the outside of the eye. Last take a large complexion brush to blend all the colors together. That is it.

Now that you have the steps down it is important to understand why you need to use a quality product like the cosmetics offered by Make-up by Armando. The whole key to "smoky eyes" is seamless blending of all your eye shadows. If you use a low quality shadow to try to create this look you will be very disappointed. All you will get is a smudged look instead of the smoky look. Our higher quality shadows blend smoothly to create a seamless blend between the different shadows. Our shadows are created from powder with a similar consistency to talc before they are pressed into the shadow pods. Another benefit of using our shadows is that they can be applied wet to intensify any color. This is great when you want to make your eye liner more dramatic.

SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA

24 April 2009 merupakan tarikh yang bersejarah bukan sahaja bagi Kelab Setiausaha DBKL apabila berjaya mengadakan satu majlis makan tengahari bersempena dengan sambutan Minggu Setiausaha. Ini kerana pada tarikh tersebut juga, sekumpulan PA berstatus kontrak telah menerima berita dilantik menjadi PA tetap selepas temuduga pada 17 Mac 2009.


Antara PA yang telah dilantik adalah seperti berikut:-

1. Noorizma Zainal Abidin - UKK, JP

2. Nor Azlin Abd. Rashid - BP&PM, JPE&PP

3. Siti Hajar Ibrahim - JPPH

4. Siti Norhuda Kamarudzaman - JPB

5. Azma Nazirah Zakaria - KPB, JST&KPB

6. Oley Oleeya Jamaluddin - JKKP&S

7. Rashidah Mohd Yusoff - BP&P, JPSM

8. Noryanti Md Nordin - JST&KPB

Kepada PA2 tersebut, selamat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dalam mengharumkan nama baik jabatan masing-masing, sekaligus mengangkat imej PA ke satu peringkat yg lebih baik, secara keseluruhannya.