Sempena kehadiran bulan Ramadan ini tentunya kita akan sibuk memikirkan kuih muih untuk disediakan pada hari raya yang bakal menjelma. Oleh kerana sekarang semua harga barang telah naik, apa kata kita cuba membuat sendiri biskut raya sebagai langkah berjimat cermat. Di sini saya copy n paste satu resepi biskut yang saya ambil daripada blogmak lang yang memang saya rajin ikut resepi beliau. Sila la cuba, pasti menjadi...
BISKUT DENMARK
Sumber : Rnet
Bahan-Bahan
2 cawan gula (mklang guna 1½ cwn)
1½ cawan butter
3 cawan tepung jagung
2½ cawan tepung gandum
Vanilla
2 biji merah telur
Icing:
2 kati kacang tanah – sangai & tumbuk (mklang beli readymade aje)
2 bungkus gula icing
4 camb serbuk koko
Air panas.
(Nota : bg sesiapa yg rajin nak buat icing ni silalah tapi maklang buat ringkas aje dengan mencairkan cooking choc + shortening, celup biskut dlm coklat dan golek ngan kcg tumbuk)
Cara
Adunkan butter + gula hingga berkrim ·
Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati ·
Masukkan esen vanilla dan kacau sebati ·
Ayak semua tepung, masukkan sedikit-sedikt – uli hingga menjadi lembut ·
Gentel bulat – sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang. . bakar dan sejukkan. - celup dlm coklat dan golek dengan kcg tumbuk