CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 8 May 2010

MINGGU SETIAUSAHA DBKL 2010



7 Mei 2010, Jumaat

12.30 tengahari - 2.30 petang
Dewan Megapuri, Tingkat 30 Menara DBKL 1

Hitam & warna kegemaran masing-masing

Demikian butiran ringkas mengenai majlis sambutan Minggu Setiausaha DBKL 2010. Majlis ini tetap meriah sekalipun disambut lebih lewat daripada tarikh sepatutnya atas halangan-halangan seperti pertindihan waktu, komitmen di pejabat dan pelbagai lagi.

Bertemakan hitam & warna kegemaran setiap ahli, majlis kelihatan lebih berwarna-warni. Ditambah pula dengan hakikat bahawa peluang untuk berkumpul bersama bukannya mudah untuk didapati, ahli kelab kelihatan lebih berseri dan ceria apabila bertemu dengan rakan setugas yang selama ini mungkin hanya boleh didengari suara melalui telefon sahaja.

Majlis makan tengahari yang serba sederhana ini dimulakan dengan ucapan Pengerusi Kelab, bacaan doa, makan tengahari, cabutan hadiah dan pelantikan barisan peneraju Kelab bagi sesi 2010-2012.

Bacaan doa oleh Puan Umi Kalsom.

Di samping menikmati makan tengahari dan berbual-bual bersama rakan setugas yang jarang dapat bertemu, jualan barangan seperti tudung, aksesori, minyak wangi dan beg tangan telah dilakukan oleh Cik Sherin.
Antara barangan jualan yang berjaya menarik perhatian ahli yang hadir.

Majlis ringkas ini diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai. Gamat jadinya bila masing-masing cuba bergaya di hadapan kamera yang tak kurang juga jumlahnya.


Bergambar beramai-ramai. Memang tak nampak kan :)

Diharapkan majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun berikutnya untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli.

Zoom zoom :)

Friday 7 May 2010

RUANGAN FACEBOOK UNTUK KSU DBKL

Seiring dengan kemajuan teknologi IT, pihak kelab telah bersetuju dalam mewujudkan satu page Facebook khas untuk KSU DBKL. Adalah diharapkan dengan wujudnya page Facebook ini, komunikasi antara kesemua setiausaha DBKL akan lebih mudah berbanding dengan blog yang kurang interaktif.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada Kimi MS [9117]. Terima kasih atas penyertaan anda untuk memeriahkan page tersebut dan semoga Kelab Setiausaha DBKL akan menjadi kelab yang aktif dalam menjalankan aktiviti berfaedah selaras dengan menjalankan tanggungjawab sebagai setiausaha di pejabat.