CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 30 April 2009

MAJLIS MAKAN TENGAHARI SEMPENA MINGGU SETIAUSAHA 2009


Majlis makan tengahari yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab Setiausaha DBKL bersempena dengan sambutan Minggu Setiausaha pada 24 April 2009 telah dimulakan pada jam 12.30 tengahari. Seramai 49 P.A. telah menghadirkan diri ke majlis yang bertemakan warna merah jambu itu. Kesemua hadirin telah diberikan cenderahati sebaik mereka mendaftar kehadiran di kaunter pendaftaran. Cenderahati yang ringkas tetapi cukup indah membuatkan kesemua P.A. sangat ceria menerima sekuntum bunga ros berwarna merah jambu dan goodie bag .


Sapa mau masuk, sign dulu ek...


Bunga ros pink utk semua PA yg hadir...


Apa saja yang dirisaukan Aimi & Zura tu...


Setup dewan makan yg cantik & serba pink, tapi bau blachan
[pasal ada sayur goreng blachan kat situ rupanya hahahah...]




Setting table yang romantis, ala candle light dinner...

Candle holder yg merupakan salah satu daripada cenderahati untuk dibawa pulang


Antara tulang belakang majlis tersebut...




Tepat 12.30 tengahari, hadirin mula masuk dan mengambil tempat masing-masing...






Walaupun kebanyakannya agak lapar, tapi masih mampu menumpukan perhatian kepada ucapan2 pengacara majlis, Pengerusi, bacaan doa & deklamasi sajak yang berlangsung...


Kesemua P.A. menikmati hidangan yang terdiri daripada masakan Melayu, masakan Barat, kek, pencuci mulut, puding & buah2an. Oh ya, tak ketinggalan air laici yang menghilangkan dahaga & kopi/teh panas, utk mengurangkan rasa mengantuk selepas makan [heheheh...]








Selepas itu, gamat jadinya bila PA2 mula melepaskan geram dan mendedahkan bakat ter(p)endam masing2 berkaraoke... Lagu dangdut jugak jadi pilihan [takle blah ah...]






Upacara memotong kek coklat yang bermula dengan penuh sopan dan tengoklah hasilnya...




Selepas memotong kek, para PA memenuhi ruang tengah dewan untuk membakar kalori terkumpul dengan menari poco-poco. Lihat saja kesungguhan yang terpancar di wajah2 fasilitator poco-poco [Kak Zaisham & Miza], walaupun para peserta semua bergelak ketawa dalam masa sama.




Sebelum majlis berakhir, pemenang bagi "Best Dressed" telah diumumkan. Kak Ros selaku Naib Pengerusi telah berbesar hati memberikan hadiah tersebut kepada Lizawati (JKM) selepas beliau meminta Lizawati utk ala2 'catwalk' di atas pentas.

Kak Ros juga ada mengumumkan tentang mewujudkan alumni Setiausaha DBKL, pendaftaran kelab, aktiviti-aktiviti kelab yang akan dibincangkan dalam satu mesyuarat yg akan diadakan pada satu masa yg akan dimaklumkan kelak.

Majlis bersurai jam 3.00 petang. Makan sudah, seronok pun sudah - kesemua PA yang hadir pulang ke pejabat masing-masing dengan hati yang gembira dan yang pastinya, penuh semangat.

P/S:

K. Sherin terus tak buang masa tuk hias mejanya dengan candle holder & bunga plastik yg dilampirkan bersama dlm goodie bag tersebut...



-- report by : Kimi JPE&PP --
-- photos by : Kimi, Aimi, K. Sherin, Azma --

-- TQ k. Sherin, for the camera --
-- TQ k. Ros, k. Sherin & Aimi, for the advice & suggestions --

0 comments: