CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 6 May 2009

Jualan PUSPANITA 21 & 22 Mei 2009

PUSPANITA DBKL akan mengadakan Jualan pada 21 & 22 Mei 2009. Naib Pengerusi Kelab, Kak Ros telah menyatakan minat untuk menyertai jualan tersebut untuk menambah tabungan Kelab. Maklumat yang telah diberikan oleh Kak Ros hanyalah tarikh jualan berlangsung & tarikh tutup tempahan gerai (12 Mei 2009). Kak Ros telah meminta semua ahli kelab untuk mencadangkan:-
  • barangan/produk yang boleh dijual dalam harga yang berpatutan & mampu menarik minat ramai pembeli
  • siapa yang sepatutnya menjaga gerai jualan pada kedua2 hari tersebut
Setakat ini, respon yang baik telah diterima dari kalangan beberapa ahli. Antara barangan yang dicadangkan untuk dijual adalah seperti berikut:-
  1. Aimi - One Drop Perfume, cupcake
  2. Kimi - kerepek, hiasan rumah seperti bunga plastik, candle holder, pasu kecil
  3. Miza - burger
  4. K. Sherin - manicure
Pihak Kelab amat berterima kasih atas respon segera anda mengenai perkara ini memandangkan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 12 Mei 2009.


0 comments: