CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 22 June 2009

10 fakta risiko barah bagi wanita

Fakta 01
Barah payudara lebih kerap menyerang wanita yang melebihi 45 tahun

Penyakit barah payudara adalah penyakit yang lazimnya tidak menyerang mereka yang muda usianya! Sekiranya anda berumur dibawah umur 30an, maka risiko untuk anda menghidap penyakit ini adalah rendah. 90% daripada kelainan payudara bukanlah barah!

Fakta 02
Ramai yang kenali seorang yang diserang barah payudara...

Kaum wanita zaman ini lebih peka dengan isu serta permasalahan penyakit payudara. Ini adalah kerana penyakit ini pastinya pernah menyerang seseorang yang mereka kenali. Ianya mungkin kaum keluarga, sahabat handai atau rakan sekerja di pejabat.

Fakta 03
Rasa kebimbangan yang keterlaluan tidak sihat

Rasa kebimbangan yang keterlaluan terhadap payudara anda bukanlan sesuatu yang sihat! Sebaliknya, tidak berpengetahuan mengenai subjek kesihatan payudara tidak bererti anda akan senang hati selamanya.

Fakta 04
Bagaimana mengurangkan kehilangan nyawa daripada barah payudara?

Langkah pencegahan penyakit barah payudara berupaya untuk mengurangkan angka kehilangan nyawa serta penderitaan akibat daripada penghidapan penyakit tersebut. Usaha pengesanan awal adalah kunci utama dalam menangani penyakit barah payudara.

Fakta 05
Kesihatan anda tertakluk kepada diri sendiri

Amalan kesihatan payudara adalah terletak di tangan anda! Usia bukanlah halangan untuk anda menguruskan kesihatan payudara anda.

Fakta 06
Ketahuilah Serta Kenalilah Payu Dara Anda...Lakukan PSP

Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) boleh dilakukan secara sendiri tanpa mengira usia mahupun jantina seseorang. Ianya haruslah dilakukan apabila seseorang individu itu mula mencecah usia di antara 18 hingga 20 tahun. Bagi kaum hawa, ianya haruslah dilakukan selang tiga hari selepas berakhirnya haid mereka, setiap bulan. Kaum lelaki ataupun wanita yang sudah menopous, harus melakukan PSP pada tarikh yang sama,setiap bulan.

Apabila anda secara tidak sengaja mendapati sesuatu yang luar biasa serta kelainan pada payudara, anda mungkin dilanda dengan rasa kebimbangan serta rasa cemas.

Kesemua ini sebenarnya dapat dielakkan sekiranya anda mengenali sifat serta perwatakan payudara anda kerana apa yang anda terasa mungkin merupakan sifat payudara anda.

Salah satu cara terbaik untuk anda mengetahui tabiat serta perwatakan payudara adalah dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) secara setiap sebulan sekali (regular monthly self breast examination).

Fakta 07
Untuk mereka yang berumur 30 - 39 tahun - pemeriksaan klinikal payudara

Selain daripada PSP, mereka yang berumur di antara 30-39 tahun sepatutnya menjumpai pengamal perubatan setiap 3 tahun sekali walaupun tidak mengalami kelainan payudara. Untuk mereka yang melakukan PAP Smear secara kerap, itu merupakan peluang untuk pengamal perubatan memeriksa payudara anda. Ini dipanggil pemeriksaan klinikal payudara.

Fakta 08
Secara Am

Anda tidak melakukan pemeriksaan ultrasound ataupun mamografi kalau payudara anda terasa normal PSP mencukupi sebagai langkah aktif dan anda tidak memerlukan pemeriksaan saringan ultrasound kalau anda tidak terasa kelainan pada payudara anda. Pengimbasan (pemeriksaan saringan) mamografi adalah lebih sesuai untuk kaum wanita yang usianya sudahpun melebihi umur 40 tahun. Untuk mereka yang lebih muda, mamografi mungkin perlu kalau mereka daripada golongan yang berisiko tinggi. Ini termasuk mempunyai riwayat keluarga di mana barah payudara penyerang mereka yang umur 30an.

Fakta 09
Pemeriksaan pertama wanita yang muda selalunya ultrasound kalau...

Pemeriksaan pengimejan yang pertama untuk mereka yang muda (kurang daripada 35 tahun) dan mempunyai gejala benjolan ataupun ketulan adalah pemeriksaan ULTRASOUND.

Fakta 10
Sebaliknya umur bukanlah halangan untuk mamografi...mengapa?

Namun aspek umur tidaklah menjadi halangan untuk anda mendapatkan pemeriksaan mamografi (ini dipanggil mamografi diagnostik dan bukan pemeriksaan saringan/pengimbasan mamografi) sekiranya pengamal perubatan yang merawat anda mengesyaki penghidapan penyakit barah payudara pada diri anda.

0 comments: