CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 12 May 2009

GAJET PEJABAT YANG UNIK & MENARIK


Bosan dengan suasana workstation anda?

Boring tengok balik2 yang menghiasi meja anda hanyalah surat2/dokumen2 bos anda?

Menyampah dengan bunga2 telur yg banyak & dah lama terletak di atas meja anda?


Cuba dapatkan gadget di bawah, yg mana sesuai dengan personaliti & keperluan anda supaya hari2 anda bekerja tidak lagi sebosan sebelum ini!



1. Vacuum Cleaner USB Mouse

Anda selalu makan di meja & remah2 makanan slalu terperangkap di celah2 keyboard sehingga membuatkan performance keyboard anda lembab & menjejaskan kelajuan skill menaip anda? Dapatkan mouse yg berfungsi sebagai vacuum cleaner ini!



2. USB Webcam Missile Launcher

Mungkin gadget yg paling pelik utk berada di atas meja seseorang setiausaha. Tapi mengapa tidak? Hilangkan kebosanan anda dgn melepaskan tembakan kpada kawan2 ofis yg sporting saje dan berdoa yg bos anda takkan muncul di laluan tu secara tiba2...



3. Desktop Coffee Maker

Anda mengantuk tapi tak kuasa nak ke pantry tuk membuat secawan kopi panas supaya lebih segar utk menyiapkan kerja2 yg berlambak di meja anda? Dapatkan pembuat kopi yg comel ini supaya anda tak perlu lagi berjalan jauh ke pantry @ miss menjawab sebarang panggilan telefon!


4. Crosshair USB Mouse Pad with 4 Port Hub

Anda selalu gunakan pendrive/external hardisk dan dalam masa sama, pegawai2 juga selalu minta dokumen yg anda taip tuk disalin ke dalam pendrive/thumbdrive mereka. Tak cukup USB port sediada? Gunalah mouse pad ini, yg juga ada 4 hub utk USB, pasti anda tidak akan membuatkan para pegawai terpaksa tunggu lama2 depan meja anda...


5. Bendi Board - Pink Flexible Keyboard

Pernah tertumpahkan air semasa cuba minum sambil tangan sedang menaip dan bahu anda mengepit gagang telefon & melayan panggilan telefon? Selalu makan di meja & remah2 makanan selalu saja bertaburan di celah2 kekunci keyboard? Memang anda selalu menaip dgn kuat & menghentak2 keyboard kerana anda masih terasa seolah2 anda menaip di mesin taip tradisional? Gunakan la keyboard fleksibel yg diperbuat daripada silikon ini - boleh digulung & dibawa ke mana anda mau...


6. USB Panic Button

Sesuai utk setiausaha yg selalu leka melayari Internet & tiba2 bos/pegawai datang ke meja anda... Tekan butang tersebut dan monitor anda akan menunjukkan kerja2 yg sedang anda lakukan tadi - tak perlu kelam kabut klik2 mouse anda utk minimize page Internet anda!


7. The Oracle Stress-O-Meter

Anda stress sedikit & perlu alih perhatian? Lighten up with this gadget! Letakkan jari anda pada stress-o-meter ini dan ia akan memberikan anda bacaan tentang stress anda, dan apa anda patut buat utk tangani stress tu... Tapi jgn la ambil serius sangat k - hiburan semata2!...


8. Echo Bot

Gadget berbentuk makhluk asing bermata satu ini sebenarnya adalah voice messenger yg akan 'berkata2' bila sensor pergerakannya dimatikan. Rakam kata2 anda & perhatikan reaksi orang2 yg suka menyibuk2 di meja [& berkecenderungan utk mengusik2 segala benda di atas meja anda] anda bila terdengarkan mesej anda diucapkan semula oleh Echo Bot ini.


-- Sumber:- http://www.shinyshiny.tv/2008/04/top_ten_office.html

4 comments:

melatizam said...

penerangan alat2 gadget yang menarik..teruskan..terbahak2 aku gelak dgn penerangan ko tuh kimi..aku rase elok ko buat@ create citer2 lawak..sesuai meh..ahakss..

Kimi Kay MS said...

pandai jela kao ek miza...

shida said...

btl la kimi.. syok aku baca..
sgt menarik..

Kimi Kay MS said...

aku nak sangat flexible keyboard tuh... stylo lah...

p/s: thanks korang suke baca post neh...