CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 12 May 2009

MOTIVASI KECANTIKAN

KECANTIKAN MELALUI IMAGINASI!

Khas buat P.A yang kuat berangan macam saye, bagi yang tak kuat berangan, mungkin anda boleh cuba berimaginasi @ berangan untuk mencari cara supaya keyakinan diri anda teserlah... Keyakinan adalah salah satu perkara penting untuk orang yang berkerjaya macam kita, bukan? Dr. HM Tuah sendiri sering menggalakkan imaginasi cemerlang kerana dari imaginasi, sesuatu boleh terbukti menjadi realiti..

Cuba bayangkan, anda pakai baju/sut lengkap yang harganya beratus ringgit... Wajah pula dirias dengan make-up mahal atau berjenama terkenal seperti Lancome, MAC, Dior, Clinique, Estee Lauder, Bobbi Brown, Make Up Forever, Benefits atau Chanel, lengkap dengan YSL Mascara Volume Effet Faux CILS yang boleh didapati dgn harga RM 120, yang disebut2 oleh Zura dalam postnya sebelum ini... Tapi, tiada keyakinan diri... Bagaimana agaknya anda akan kelihatan di mata khalayak ramai yang sentiasa memandang setiap inci pakaian & wajah yang kita 'persembahkan'? Pasti canggung, kan?

Tidak kurang juga yang merasakan bahawa bergaya lengkap dengan mekap di wajah hanyalah untuk orang muda. Itu tidak benar, kerana sepatutnya gaya anda boleh disesuaikan dengan peningkatan usia & kesesuaian majlis, barulah anda nampak presentable walaupun sudah berusia. Silap haribulan, yang muda2 pun kalah. Anda pasti lebih yakin dalam melangkah kerana anda tahu, gaya anda sesuai dengan usia anda & menepati kehendak sesuatu majlis serta tempat. Bila anda tahu di mana letaknya kekuatan yang boleh ditonjolkan dan kekurangan yang boleh disembunyikan, pasti anda akan terasa seolah-olah ada semangat baru dalam diri anda.

Percaya atau tidak, kebanyakan orang tidak dapat melihat kecantikan diri mereka yang tersendiri disebabkan mereka selalu membandingkan rupa paras/tubuh mereka dengan model-model dalam majalah-majalah/iklan-iklan. Ini menimbulkan rasa benci dan tidak suka kepada rupa dan keadaan diri mereka sendiri. Setiap kali melihat ke dalam cermin, mereka selalu mencari dan terlihat keburukan dan kekurangan pada wajah dan tubuh badan mereka.

Orang-orang sebegini selalu menunggu situasi dan waktu yang sesuai untuk merasa yang mereka sukakan diri mereka. Contohnya ketika ada orang yang melihat & memuji kecantikan mereka, baru mereka rasa gembira dan yakin. Kalau ada orang lain sukakan mereka, baru mereka mahu suka diri mereka sendiri walaupun selalunya, sikap sebegini tidak bertahan lama dalam diri mereka. Apabila dikritik, mereka cenderung rasa kecewa yang amat sangat. Sedangkan mereka sepatutnya mengambil pendekatan bersikap menerima diri sendiri seadanya, barulah mereka boleh selesa & tidak kekok bergaul dalam khalayak ramai.

Keyakinan diri kita tidak boleh bergantung kepada faktor luaran semata-mata. Jangan tunggu semua orang suka pada rupa paras/fizikal/pakaian kita, barulah kita merasa yakin dengan diri kita. Tidak perlu tunggu pujian orang lain untuk kita merasa gembira. Keyakinan diri sepatutnya datang dari dalam diri kita sendiri.

Apa kata anda ambil pendekatan ini - setiap kali melihat cermin, puji kebesaran Allah yang meletakkan keindahan dalam setiap ciptaannya, yang salah satunya dijelmakan dalam rupa paras kita. Tanamkan dalam diri, setiap kali kita melihat cermin kita rasa suka menjadi diri kita sendiri.

Ini yang saya cadangkan. Setiap pagi, semasa sedang bersiap-siap untuk ke sekolah atau ke tempat kerja, lihat wajah kita di cermin. Senyum dan bayangkan kejayaan-kejayaan kita pada masa lalu. Kemudian, bayangkan pula tentang orang-orang yang suka, sayang dan sentiasa menyokong kita. Teruskan senyum dan akhir sekali, bayangkan bagaimanakah cara kita senyum apabila kita sudah benar-benar berjaya suatu hari nanti. Bayangkan apakah rasanya kalau kita seorang yang sangat berkeyakinan tinggi. Aktiviti ini hanya mengambil masa antara 1-3 minit sahaja. Tanpa perlu mengeluarkan peluh atau mengeluarkan banyak tenaga. Senyuman juga menjadikan wajah anda awet muda, kerana otot yang digunakan untuk memasamkan muka adalah jauh lebih banyak berbanding sewaktu senyum. Mudah bukan?

Mulakan pada hari ini. Senyum pada diri anda sendiri. Sukakan diri anda sendiri. Terima diri anda seadanya, malah jauh lebih baik kerana Allah menciptakan anda sempurna sifat & anggota... Bila anda senyum & menerima dengan hati yang terbuka, pasti anda akan lebih santai & mampu menerima kekurangan/kelemahan anda untuk diperbaiki di masa akan datang. Barulah anda akan jadi lebih yakin untuk menghadapi hari anda, dan bertemu serta bersosial dalam masyarakat di sekeliling anda.

2 comments:

Kimi Kay MS said...

yeah 100% setuju! kalo tak berangan bila masa kita nak rasa diri kita memang cantik?
i don't have to wait 4 people to compliment me, i know it myself [hak3 perasan tul la aku neh!]
p/s: aimi, aku nak follow blog mu, buleh?

rt? said...

so kene byk berangan ler nihhh...adeehhh...nnti beli cermin letak kt meja leh puji muka sndiri slalu...hehe (slama nih tk penah ada cermin kt atas meja pasal takut tk bleh wat keje asik nk intai cermin)..ekekkeke